Rawatan Fisioterapi Shah Alam
Lawati pasukan fisioterapi yang berpengalaman di Shah Alam dengan harga berpatutan.
Rawatan yang kami sediakan merangkumi sakit belakang, tulang rawan tergelincir (slip disc), sakit leher & bahu, kecederaan berkaitan sukan, skoliosis, pemulihan strok, sakit lutut dan juga ‘dry needling’.

Rawatan Fisioterapi untuk Semua Umur

Harga yang Berpatutan

Suasana yang Selasa & Tenteram

Selamat Datang ke Your Physio Shah Alam
Ahli fisioterapi kami akan menjalankan pemeriksaan yang terperinci bagi setiap pesakit supaya mereka faham masalah yang dihadapi sebelum memulakan rawatan.
Kami merawat setiap pesakit dengan penuh tanggungjawab kerana kami faham kesakitan yang mereka hadapi. Kami rasa lega dan gembira apabila melihat pesakit sembuh dengan penuh!

Kami Fisio Anda!

Servis Kami
Pasukan fisioterapis yang berpengalaman dan sedia membantu anda bebas dari masalah sakit badan.

Sakit Kepala / Migrain
Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, biasanya akan rasa tidak selesa di bahagian kepala, mata, atau muka.
Masalah ini boleh menjejaskan kualiti tidur dan aktiviti harian. Jika sakit kepala terlalu teruk, ia mungkin datang bersama leher yang kaku, kelemahan otot, dan rasa loya.

Sakit Belakang
Sakit belakang adalah masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kami. Ahli fisioterapi kami akan bantu melegakan otot yang tegang, sendi keras, membetulkan postur badan dan menguatkan otot yang lemah.

Dry Needling
‘Dry needling’ adalah teknik rawatan moden yang menggunakan penggunaan jarum halus secara tunggal bagi membantu melegakan otot yang sakit. Jarum halus dicucuk ke dalam otot untuk mengurangkan otot yang bersimpul bagi membantu meredakan sakit dan meningkatkan fungsi otot.

Skoliosis
Skoliosis adalah keadaan perubatan yang menunjukkan lengkungan dari sisi pada tulang belakang yang kebiasaannya terjadi semasa lonjakan tumbesaran. Lengkungan akan lebih kelihatan pada bahagian atas dan tengah tulang belakang dan kadang-kadang di bahagian bawah tulang belakang juga.

Sakit Buku Lali
Buku lali adalah sendi diantara kaki dan tulang betis. Sakit buku lali biasa terjadi disebabkan terseliuh dan juga buku lali tidak stabil, artritis, gout, tendonitis dan patah tulang.

Sakit Pergelangan Tangan
Sakit pergelangan tangan boleh diakibatkan oleh pergerakan yang berulang-ulang, cedera dan lain-lain. Ahli Fisioterapi akan melakukan pergerakan saraf, pergerakan sendi dan jarum untuk melegakan sakit.

Sakit Leher
Kebanyakan orang akan mengalami sakit leher pada satu masa dalam hidup mereka. Contoh sakit leher yang biasa berlaku adalah leher tegang, posisi leher yang tidak baik dan tulang rawan tergelincir. Kami akan bantu untuk memulihkan pergerakan pada tulang belakang, posisi leher dan otot tegang.

Sakit Bahu
Sendi bahu sangat fleksibel berbanding sendi lain. Walaupun begitu, ia sangat mudah terdedah kepada kecederaan. Rawatan sakit bahu termasuklah teknik manual – urutan (soft tissue manipulation), regangan otot, pergerakan sendi (joint mobilization) dan senaman kuatkan otot.

Fisioterapi untuk Sukan
Fisioterapi untuk sukan adalah cabang fisioterapi dimana kami merawat kecederaan yang berkaitan dengan sukan. Ahli Fisio sukan membantu atlet pulih daripada kecederaan yang dialami, merangka program senaman dan mengelakkan kecederaan daripada berlaku lagi.

Sakit Lutut
Sakit lutut adalah masalah seperti osteoartritis, ligamen koyak (ACL tear), pelapik lutut koyak (meniscus tear), sakit kepala lutut dan patah tulang. Kita akan bantu dalam rehabilitasi lutut, kawalan dan pergerakan lutut.

Fisioterapi Kesihatan Wanita
Fisioterapi kesihatan wanita menyediakan solusi untuk pelbagai isu yang mempengaruhi kesihatan wanita dari peringkat remaja hingga menopaus.
Ini termasuk:
• Sindrom Pramenstruasi (PMS)
• Kelas Senaman Antenatal
• Diastasis Rektus
• Sakit Pinggul Pelvik, Sakit Belakang Bawah, Disfungsi Sendi Sakroiliak (SIJ) yang disebabkan oleh kehamilan
• Inkontinens Urinari / Urinary Incontinence
• Selepas Seksyen Caesar
Feedback Pelanggan Kami



Galeri Pelanggan2 di Shah Alam




Sebab-sebab untuk datang ke Your Physio

Kami menyediakan rawatan yang disesuaikan untuk setiap pesakit dan memberikan senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Kami mempunyai ahli-ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam bidang ‘dry needling’, scoliosis dan isu-isu tulang belakang.

Kami memberikan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pesakit melakukan senaman dan rawatan.
Kenali Ahli Fisioterapy Kami

Khoo Jin Di
Specializes in:
- Musculoskeletal Rehabilitation
- Pre- and Post-operative Management
- Neurology Rehabilitation
Certified in:
- Trigger Point Dry Needling(GEMT)
- OMT Spinal Manipulation Level 1

Nurul Wahidah Binti Mohammad
Specializes in:
- Neurology Rehabilitation
- Musculoskeletal Rehabilitation
- Geriatric Rehabilitation
Certified in:
- First Aid in Sport

Yen Rong Jie
BSc (Hons) in Physiotherapy (Anglia Ruskin University)
Diploma In Physiotherapy (MAHSA)
Specializes in:
- Neurological Rehabilitation
- Musculoskeletal injury Rehabilitation
- Geriatric Rehabilitation
Certified in:
- Trigger Point Dry Needling(GEMT)

Nurfadhila Binti Mohamad Ali
Specializes in:
- Neurology Rehabilitation
- Musculoskeletal Rehabilitation
Certified in:
- First Aid in Combat Sport
Hubungi Kami!
03-5523 2818 / 011-6559 8818
yourphysio.shahalam@gmail.com
9am-6pm
Sunday
Off
40100 Shah Alam, Selangor
